Aliran Sains tukar Aliran Sastera? - be brave -

       Hye reader ! So, Shaz assume orang yang bukak web ni kebanyakannya student form4? Jangan risau, dalam web ni, Shaz akan ceritakan pasal pengalaman menukar aliran sains kepada aliran sastera. 

       Aliran sastera atau sains, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Tak adil lah kan kalau kita pandang rendah terhadap aliran sastera? Tapi sayangnya itulah persepsi kebanyakan masyarakat kita, sama ada yang muda atau tua. Teringat lagi masa dulu Shaz tukar aliran, pelbagai kata-kata yang saya dengar, "kenapa jauh sangat pindah kelas?", "tak menyesal ke?", dan yang paling tak dapat dilupakan bila ada cikgu  yang cakap seolah-olah aliran sains tu "kayangan". But that doesn't mean tak ada yang support, Alhamdulillah for those yang open-minded, semua supportive and always made me feel at ease. 
 
       Jom mula, sebelum nak tentukan aliran mana yang korang nak pilih, kenali diri korang dulu. "apa yang aku minat?", "boleh ke aku belajar subjek tu?", "apa cita-cita aku?" Shaz suggest try MBTI Test, you can learn more about yourself and the others. Dah kenal diri sendiri, kat situ dah selangkah untuk decide aliran apa yang nak dipilih. Kalau korang lebih cenderung kepada numbers, pilih Akaun. Seni, pilih subjek Seni atau Kesusasteraan Melayu. Ada juga Sains Sukan, Perniagaan, Geografi dll. Reminder, semua subjek-subjek ni sama penting dengan subjek sains tulen. Don't be afraid, just go for it. 

       Next, tengok keputusan PT3. Shaz dapat 8A tapi yang merosakkannya adalah Math dan Science, haha. Bukan B atau C, tapi D (gelak) memang dari dulu tau kelemahan kat mana, trial PT3 pun fail math, sebab tu bila dapat D, rasa happy gila. Cikgu Shaz (cikgu legend) cakap kalau math dan science D, better jangan teruskan sains tulen kalau tak mampu, sebaliknya pilih apa yang korang boleh bawak, jangan paksa diri sendiri. Ini penting, jangan semata-mata nak famous, yelaa budak sains tulen mana je yang tak famous? Jangan abaikan kebaikan diri sendiri okay? But still, kalau nak cuba, do it. Tiada paksaan. 

       Last but not least, solat istikharah, minta pertolongan Allah tunjukkan jalan mana yang terbaik untuk diri kita. Minta juga nasihat dari orang sekeliling, jangan buat keputusan terburu-buru. Mungkin sesetengah daripada korang akan rasa menyesal tapi percaya, at the end of the day, that's the best for you. Jangan malu, walk with confidence sebab korang boleh berfikir dengan lebih matang dan berani. Aliran apa-apa pun, semuanya penting dan bagus. Bukak besar-besar sikit mindset tu, banyak sangat bidang kat luar sana yang lagi menarik daripada bidang sains tulen. 

       Buat apa yang korang minat and YOU'RE THE CHOSEN ONE! Spread awareness and positivity <3 The real people got your back.

Nak baca apa yang aku rasa sepanjang kat kelas baru? baca part 2~

Comments

Popular posts from this blog

Welcome - Introduction

You deserve better